Penubuhan kerajaan Republik Republik_Hawaii

Kerajaan Sementara risau yang Grover Cleveland akan sentiasa masuk campur dalam urusan dalam negeri Hawaii dengan percubaan untuk mengembalikan kerajaan beraja. Kerajaan ini juga sedar bahawa tidak akan terjadinya penggabungan selagi Cleveland masih berkuasa; mereka juga mahu menubuhkan sebuah pemerintah yang lebih kekal untuk Hawaii. Pada 30 Mei 1894, kerajaan ini telah memanggil sebuah Perhimpunan Perlembagaan di mana sebuah perlembagaan Republik Hawaii digubalkan. Republik Hawaii diisytiharkan pada 4 Julai 1894 di Aliiolani Hale dengan Sanford Dole sebagai presiden yang pertama.